Peraturan-Peraturan Sukan Rampanau


Peraturan-peraturan Sukan Rampanau :

1.Pertandingan ini adalah terbuka kepada lelaki dan wanita menikut kategori umur.

2. Jarak larian adalah bergantung kepada keluasan gelanggang pertandingan dan penganjur.

3. Semua peserta mestilah berada diatas kaki kayu semasa berlari dari permulaan hingga akhir.

4. Peserta yang jatuh dari kayu semasa berlari mestilah berhenti dan menaiki kaki kayu semula sebelum meneruskan larian.

5. Peserta yang jatuh sebanyak 3 kali dalam 1 larian akan dikira kalah.

6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan atau kematian yang mungkin berlaku semasa pertandingan.

7. Peserta yang berada dalam keadaan mabuk tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan.

8. Peserta mengandung tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

9. Sukatan ketinggian kaki kayu mestilah seragam mengikut kategori dan umur peserta.