Wednesday, 15 June 2011

Sukan Rampanau


        
Pengenalan

      Sukan Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah.Sukan Rampanau atau berjalan dengan menggunakan cangkungan merupakan sejenis sukan tradisi yang sering dilakukan semasa lapang dan juga satu kaedah untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman dahulu.Namun  Sukan Rampanau ini juga berbeza panggilannya mengikut sesuatu daerah ,ada dikalangan beberapa daerah menyebutnya Rampanau dan ada juga yang menyebutnya Minsurukud (KG.Sunsuron,Tambunan).
    Sukan Rampanau ini kini hanya dapat kita saksikan pada keramaian Pesta Kaamatan dan jarang sekali dimainkan oleh masyarakat zaman ini akibat pengaruh arus pemodenan zaman.
    Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut tinggi dan direka dengan berbagai - bagai ketinggian mengikut selera pemainnya.Permainan ini memerlukan keseimbangan badan.
      Rampanau ini selalunya diperbuat daripada dahan sagu,kayu keras dan 2 batang bambu. Namun ia berbeza di setiap daerah, contohnya, di daerah Tambunan keseluruhan Rampanau ini diperbuat dari buluh.Bambu berkenaan berukuran kira-kira 3M hingga 10M.Dahan sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki semasa sukan dalam lubang yang ditebuk pada bambu yang berukuran kira - kira 8cm dan 5cm. 



7 comments:

  1. eemm..lama dah tak main rampanau...rindu pula..takut pula dah tak pandai balance badan..

    ReplyDelete
  2. ya..sukan ini memerlukan imbangan yang baik untuk menggerakkan bambu tersebut.

    ReplyDelete
  3. ya...permainan ni memang perlukan keseimbangan badan yang baik..klu tidak mau naik pun tdk boleh apa tah lagi mau jalan...

    ReplyDelete
  4. memang best main permainan ni. baru pertama kali main waktu di kg. bariawa ulu, best betul. bolehkah permainan ini dikomersalkan...

    ReplyDelete
  5. kalau kami dulu berlumba naik bukit merampanau.best gila...

    ReplyDelete
  6. 4M kiulu ada merampanau sebelum sampai penamat 200m.lari 15km,rakit 15 km

    ReplyDelete
  7. seperti permainan tradisonal yg lain rampanau ni memang permainan yg agak mencabar....mesti pandai balance badan...tapi sayang..kita jarang main permainan ni...

    ReplyDelete